Sunday, 25 September 2011

pengalaman dalam kelas praktikal sains komputer

Hari pertama memulakan pelajaran dan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Perak,kelas pertama yang perlu dihadiri ialah kelas praktikal sains komputer pada jam 8 hingga 10 pagi.Aktitiviti pertama yang dijalankan ialah aktiviti sesi pengenalan di sesama pensyarah dan para pelajar.pada waktu itu,saya dapat mengenali kawan-kawan baru.kelas ini terbahagi kepada 2 kelas,iaitu kelas B2T11a dan B2T11b.Disini bermulalah perjalanan kehidupanku yang baru di KMPk.Pada minggu-minggu seterusnya,kami mula diberikan tugasan yang perlu diselesaikan bagi memenuhi piawai pembelajaran kami disini.Dalam kelas ini juga kami diajar cara cara menggunakan setiap komponen yang digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Miss Aunah.Selain itu,kami untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat pada masa kini seperti gmail,blog dan lain-lain lagi.Selepas menghadiri kelas ini barulah saya tahu cara menggunakan komputer dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain menggunakan teknologi masa kini.